Dua ahli perniagaan akan menjadi taruhan Parti Demokratik Progresif (PDP) dalam Pilihan Raya Umum ke-15, bagi merebut kerusi Parlimen Mas Gading dan Saratok.
Di kerusi Mas Gading, PDP akan meletakkan Lidang Disen manakala Giendam Jonathan Tait pula akan memikul cabaran di Parlimen Saratok.